Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Kukuh daya tahan keimanan, papar sifat pengorbanan

Aug 11, 2019 | 1:36 PM
Encik Masagos (baju merah jambu) bersalaman dengan jemaah selepas solat Aidiladha di Masjid Ar-Raudhah pada 11 Ogos. Beliau menggesa masyarakat Melayu / Islam supaya menjiwai sifat keimanan dan pengorbanan bukan sahaja sempena Hari Raya Aidiladha, malah sepanjang tahun. Bersama beliau ialah Dr Fatris (kanan) dan Encik Fahmi (dua dari kiri).
Encik Masagos (baju merah jambu) bersalaman dengan jemaah selepas solat Aidiladha di Masjid Ar-Raudhah pada 11 Ogos. Beliau menggesa masyarakat Melayu / Islam supaya menjiwai sifat keimanan dan pengorbanan bukan sahaja sempena Hari Raya Aidiladha, malah sepanjang tahun. Bersama beliau ialah Dr Fatris (kanan) dan Encik Fahmi (dua dari kiri). - MUIS

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed berkata daya tahan dalam keimanan seorang Muslim serta sifat pengorbanan yang dipaparkan dalam ibadah korban, menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat Melayu-Islam.

Justeru, beliau menggesa masyarakat Melayu-Islam untuk kekalkan sifat-sifat murni ini sepanjang tahun dan bukan hanya semasa Aidiladha.

Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok pada Ahad (11 Ogos).

Sekitar 4,000 jemaah turut menunaikan solat Aidiladha di masjid itu.

Turut menjadi jemaah adalah Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Mohd Fahmi Aliman, Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik

Rahayu Mahzam dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, yang menyampaikan khutbah mengenai membina daya tahan keimanan kepada jemaah yang hadir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg