Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos lahir penghargaan terhadap sumbangan jururawat

Aug 1, 2021 | 3:43 PM
Sumbangan jururawat kita di tengah-tengah pandemik ini telah memberi inspirasi kepada semua, kata Encik Masagos
Sumbangan jururawat kita di tengah-tengah pandemik ini telah memberi inspirasi kepada semua, kata Encik Masagos - Facebook Masagos Zulkifli

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata komitmen dan profesionalisme para jururawat menjaga golongan sakit, khususnya di tengah-tengah pandemik amat memberi inspirasi.

Beliau berkata demikian selepas menyertai sambutan Hari Jururawat Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Menurut Encik Masagos, walaupun dengan pandemik ini, ia tidak mematahkan semangat untuk meraikan wira-wira kejururawatan kita.

"Keghairahan, dedikasi, profesionalisme and komitmen jururawat dalam menjaga golongan sakit dan lemah, khususnya dalam masa pandemik yang mencabar ini, memberi inspirasi kepada saya.

"Di hari istimewa ini, saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada jururawat kita semua dan terima kasih di atas khidmat anda kepada Singapura," tulis beliau dalam satu catatan Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg