SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kempen Sentuhan Ramadan 2018 dilancar

Kempen Sentuhan Ramadan 2018 dilancar

May 6, 2018 | 3:20 PM

Kempen Sentuhan Ramadan 2018 dilancar

SENTUHAN RAMADAN 2018: Encik Masagos (enam dari kiri) menyertai Haji Abdul Razak (lima dari kiri), Mufti (empat dari kiri), beberapa kakitangan Muis yang lain dan pelajar madrasah aLIVE mengucapkan ikrar Sentuhan Ramadan semasa majlis pelancaran kempen itu.
SENTUHAN RAMADAN 2018: Encik Masagos (enam dari kiri) menyertai Haji Abdul Razak (lima dari kiri), Mufti (empat dari kiri), beberapa kakitangan Muis yang lain dan pelajar madrasah aLIVE mengucapkan ikrar Sentuhan Ramadan semasa majlis pelancaran kempen itu. - Foto ATIYYAH SAID

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) melancarkan kempen Sentuhan Ramadan 2018 dalam satu majlis di Masjid Al-Falah tengah hari tadi (6 Mei).

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghadiri acara itu selaku tetamu terhormat.

Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air turut disertai Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram yang menyampaikan satu tazkirah.

Tema kempen Sentuhan Ramadan tahun ini ialah 'Semarak Langkah, Berjiwa Rahmah: Rahmah Bermula Daripada Saya'.

Mesej utama daripada kempen tahun ini memberi tumpuan kepada tiga bidang - mengukuhkan institusi keluarga, menyebarkan rahmah kepada masyarakat dan menggalak amalan positif bagi memelihara sekitaran.

Di acara pelancaran kempen itu tadi, Encik Masagos turut menyertai hadirin mengucapkan ikrar Sentuhan Ramadan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg