Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Langgar peraturan jarak selamat boleh dedah keluarga pada jangkitan

Apr 24, 2020 | 7:49 PM
PATUHI PERATURAN: Duta langkah jarak selamat dilihat sedang bertugas di Clementi Mall pada 22 April 2020 - FOTO: CHOON JUN LIANG
PATUHI PERATURAN: Duta langkah jarak selamat dilihat sedang bertugas di Clementi Mall pada 22 April 2020 - FOTO: CHOON JUN LIANG -

MEREKA yang melanggar peraturan langkah jarak selamat bukan sahaja meletakkan diri dalam keadaan berisiko tetapi keluarga mereka juga menghadapi risiko dijangkiti virus Covid-19, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos juga memberi amaran kepada mereka yang melakukan kekasaran terhadap pegawai menjalankan tugas.

Menurutnya, pesalah akan menghadapi hukuman undang-undang yang tegas jika didapati bersalah.

"Tidak kira sama ada anda muda atau tua, anda sepatutnya harus duduk di rumah," kata beliau.

Beliau menambah mereka yang merasakan bahawa ia sesuatu menyeronokkan untuk melanggar peraturan itu boleh akhirnya dijangkiti dan turut menjangkiti orang lain, kata Encik Masagos sewaktu diwawancara The Straits Times pada Jumaat (24 April).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg