Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasagos: Masyarakat Melayu faham Belanjawan pelaburan masa depan
Menteri juga dapati pandangan peserta mencerminkan keprihatinan; juga jelaskan langkah kurang kuota pekerja asing

Feb 21, 2019 | 5:30 AM
Masagos: Masyarakat Melayu faham Belanjawan pelaburan masa depan
MASYARAKAT Melayu memahami bahawa Belanjawan 2019 bukan hanya bertujuan menangani keperluan sekarang tetapi juga bagi melabur pada masa depan dengan adanya cabaran baru.
Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, kepada media selepas mempengerusikan bersama satu sesi dialog pasca Belanjawan 2019 anjuran Reach dan Berita Harian di Perpustakaan Negara kelmarin.