Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Masyarakat Melayu/Islam kian berdaya tahan, prihatin

Jul 30, 2022 | 5:30 AM
PERKUKUH CIRI GEMILANG: Encik Masagos (tengah) bersalaman dengan jemaah selepas solat Hari Raya Aidilfitri lalu. Beliau bangga masyarakat Melayu/Islam semakin berdaya tahan, prihatin dan bantu-membantu dalam mengharungi pandemik Covid-19. - Foto fail.
PERKUKUH CIRI GEMILANG: Encik Masagos (tengah) bersalaman dengan jemaah selepas solat Hari Raya Aidilfitri lalu. Beliau bangga masyarakat Melayu/Islam semakin berdaya tahan, prihatin dan bantu-membantu dalam mengharungi pandemik Covid-19. - Foto fail. -

MASYARAKAT Melayu/Islam semakin berdaya tahan, prihatin dan bantu--membantu sepanjang pandemik Covid-19, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam satu pos di Facebook sempena Awal Muharam tahun baru 1444 Hijrah, Encik Masagos menulis:

"Mengimbas kembali pelbagai cabaran yang kita lalui khususnya sepanjang tempoh pandemik Covid-19, saya berasa bangga dengan masyarakat Melayu/Islam kita yang berjaya mengukuhkan ciri-ciri Masyarakat Gemilang kita.

"Kita menjadi lebih berdaya tahan, prihatin dan bantu-membantu. Walaupun kita masih dibelenggu pandemik ini, keadaan semakin baik secara beransur-ansur."

Encik Masagos turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur bahawa aktiviti Maal Hijrah dapat kembali ke masjid-masjid di sini setelah dua tahun menyepi dek pandemik itu.

"Azan maghrib yang akan berkumandang malam ini (semalam) bakal menandakan ketibaan 1 Muharam 1444 Hijrah.

"Saya gembira dan bersyukur bahawa masjid-masjid di Singapura kembali mengalu-alukan kehadiran jemaah bagi sesi bacaan doa akhir dan awal tahun, serta solat maghrib berjemaah untuk menyambut tahun baru Islam ini - sesuatu yang kita rindukan sepanjang dua tahun lalu," katanya.

"Semoga tahun baru Hijrah menguatkan lagi azam dan kesungguhan kita untuk memperbaiki diri dan menyumbang kepada kemakmuran orang-orang di sekeliling kita demi kemaslahatan kita bersama," tambah Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg