Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Masyarakat Melayu/Islam lebih gembira, matang tahun ini

Jun 15, 2018 | 12:19 PM
SOLAT BERSAMA: (dari kiri) Encik Masagos, Dr Fatris dan Encik Mohamed bersalam-salaman dengan jemaah di Masjid Sultan selepas menunaikan solat Aidilfitri bersama.
SOLAT BERSAMA: (dari kiri) Encik Masagos, Dr Fatris dan Encik Mohamed bersalam-salaman dengan jemaah di Masjid Sultan selepas menunaikan solat Aidilfitri bersama. - NORMAN SAWI

MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura,secara keseluruhannya, lebih gembira dan menunjukkan ciri-ciri menjadi lebih matang tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos berkata demikian semasa memberi pengamatannya tentang cara masyarakat Melayu / Islam bangkit mengatasi cabaran dari dalam dan luar negeri dalam tempoh setahun sejak Aidilfitri lalu.

"Pada keseluruhannya, saya rasa masyarakat kita tahun ini lebih gembira. Kalau kita lihat suasana di bazar, di masjid, dan juga dalam semua usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat Melayu/Islam, mereka menunjukkan mereka ingin membantu satu sama lain," ujar Encik Masagos, semasa bercakap dengan wartawan di Masjid Sultan, selepas menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal (15 Jun).

"Itu menunjukan masyarakat yang bersemangat dan kalau kita terus utuh dalam semangat kita, kuat menghadapi apa sahaja cabaran, apabila ia berlaku, seperti penangkapan individu yang ingin menjadi pengganas, umpamanya, itu tidak akan menggoyah, semangat kita untuk terus berjuang dan menonjolkan ciri-ciri kemasyarakatan kita dan juga ciri-ciri islam yang benar, kerana apa yang berlaku kepada segelintir masyarakat kita itu tidak mewakili masyarakat islam yang lain di Singapura," tambah beliau.

Pada Ramadan tahun lalu, masyarakat Islam setempat dikejutkan dengan berita penahanan beberapa individu beragama Islam kerana menjadi radikal, termasuk wanita pertama, seorang guru muda yang bekerja di sebuah tadika.

Merujuk kepada intipati khutbah yang disampaikan Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram, yang menggesa warga Singapura, terutama belia meluaskan pengetahuan tentang fahaman agama lain dan menambah keyakinan diri tentang fahaman agama Islam, Encik Masagos berkata beliau senan hati melihat belia Muslim bersikap lebih terbuka berbuat demikian.

Kita sekarang bak telah 'come of age' atau kian matang sebagai satu masyarakat,' kata Encik Masagos.

Turut menyertai Encik Masagos menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Sultan ialah Presiden Halimah Yacob dan suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg