Premium
Masagos: Masyarakat punya peranan jimat air
Mar 25, 2017 | 5:30 AM
TUKAR PAIP UNTUK JIMAT AIR: Pengerusi Masjid Mujahidin, Encik Muhammad Khairul Jameel (tengah), menunjukkan cara bagaimana pihak masjid menjimatkan air di tempat mengambil wuduk kepada Encik Masagos (kanan) sambil disaksikan relawan masjid, Encik Mustafa Ismail (kiri). - Foto JOHARI RAHMAT -
RAKYAT Singapura beruntung kerana di negara ini saluran air kekal mengalir, dan disebabkan itu mungkin ramai tidak sedar kepentingan air dalam kehidupan harian mereka.
Justeru, warga perlu sentiasa berterima kasih dan mengingatkan satu sama lain tentang kepentingan sumber air di Singapura, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

