Premium
Masagos: Melayu perlu papar diri sebagai aset
Saktiandi gesa individu buat pelan dan strategi jangka panjang, manakala Intan tekankan pentingnya keyakinan diri
Mar 3, 2018 | 5:30 AM
MEMBANGKIT SEMANGAT, HARUNGI CABARAN: (Dari kiri) Dr Intan Azura Mokhtar, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Encik Saktiandi Supaat dalam majlis Dialog Pasca Belanjawan anjuran Majlis Penyelaras Kumpulan-kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) di The Grassroot Club, Ang Mo Kio, kelmarin. - Foto BH oleh M.O.SALLEH -
MASYARAKAT Melayu/Islam perlu melihat diri mereka sebagai aset dan bukan liabiliti walau bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) yang dijangka berkembang kelak adalah lapangan di mana orang Melayu mungkin distereotaip ekoran pencapaian kurang memberangsangkan dalam Matematik dan Sains.
Namun, masih terdapat ruang mengemudi keadaan dan ia termasuk memupuk kepercayaan pihak atasan, mengetahui cara berinteraksi dengan majikan bukan Islam, menggunakan kemahiran berbahasa sebagai aset bagi memenuhi keperluan rantau ini serta mencuba nasib di syarikat berbilang negara (MNC).

