Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Muslim di S'pura teguh sesuaikan diri sepanjang pandemik

Aug 9, 2021 | 5:41 PM
1ca84a09-932a-48bf-ab8b-f8c92ffa27cc
- AFP

MASYARAKAT Melayu / Islam di Singapura terus teguh dan cekal dalam menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sepanjang pandemik ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

"Saya sangat bangga dengan sifat terpuji masyarakat kita yang memaparkan ciri-ciri Masyarakat Gemilang. Harapan saya agar masyarakat kita akan terus teguh mengharungi masa-masa mencabar ini dengan tenang, sabar dan taqwa seperti semangat Hijrah yang ditunjukkan Nabi SAW ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah dahulu," ujar Encik Masagos, menulis di Facebook sempena tahun baru Islam, iaitu 1 Muharram 1443 Hijrah.

"Semoga tahun baru Hijrah ini membuka lembaran dan azam baru buat semua untuk melindungi dan memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita," kata beliau menambah.

"Semoga kita berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan segera."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg