Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Perkukuh kerjasama, ukhuwah pada 2021 demi pertingkat hidup, bantu golongan memerlukan

Dec 31, 2020 | 6:41 PM
SINGKAPAN 2020, HARAPAN 2021: Encik Masagos menyingkap kembali tahun mencabar 2020 dan melahirkan harapan agar ukhuwah dan kerjasama diutuhkan pada 2021 dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam bagi mewujudkan Masyarakat Gemilang yang sedia membantu golongan memerlukan. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK
SINGKAPAN 2020, HARAPAN 2021: Encik Masagos menyingkap kembali tahun mencabar 2020 dan melahirkan harapan agar ukhuwah dan kerjasama diutuhkan pada 2021 dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam bagi mewujudkan Masyarakat Gemilang yang sedia membantu golongan memerlukan. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK -

KERJASAMA dan ukhuwah harus diperkukuh antara masyarakat Melayu/Islam melalui inisiatif M³, untuk mempertingkatkan lagi kehidupan dan membantu golongan yang memerlukan bantuan untuk bangkit daripada kesuraman.

Dengan usaha ini dijalankan, terbentang harapan 2021 membawa lebih banyak kemajuan kepada Masyarakat Gemilang yang dicita-citakan.

Inilah harapan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di ambang sambutan Tahun Baru 2021.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga mencatat di Facebooknya sambil melampirkan keratan video singkapan akhir tahun M³, menulis:

"2020 merupakan tahun yang mencabar namun amat bermakna. Kita terpaksa meninggalkan amalan-amalan yang biasa dan menyesuaikan diri dengan norma-norma baru.

"Kita telah mengharungi langkah pemutus rantaian jangkitan, di mana kita terpaksa berjauhan dari orang yang tersayang semasa musim perayaan.

"Alhamdulilah, berkat kerjasama, ketabahan dan kesabaran, kini keselamatan masyarakat dan negara kita terpelihara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg