Topic followed successfully
Go to BHkuMasagos sah positif Covid-19, hanya alami gejala ringan
Masagos sah positif Covid-19, hanya alami gejala ringan
Masagos sah positif Covid-19, hanya alami gejala ringan
MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, diuji positif bagi Covid-19 semalam.
Namun, beliau meluahkan kesyukuran bahawa gejala yang beliau alami adalah seperti selesema diiringi sakit tekak dan demam.
Ini memandangkan beliau telah divaksin dan menerima suntikan penggalak, menurut beliau dalam satu pos Facebook yang dimuatnaiknya.
"Malangnya, saya tidak akan dapat menghadiri beberapa pendekatan fizikal, termasuk 'Bags of Joy' dan Karnival Kampung St 91," tulisnya.
Beliau turut memohon maaf pihak penganjur yang telah merancang acara-acara demikian.
Encik Masagos berkata beliau akan mengambil waktu ini untuk pulih dan menanti-nantikan masa beliau boleh kembali "beraksi".

