Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: S'pura kongsi, belajar daripada masyarakat Islam lain tangani cabaran kontemporari

Sep 10, 2022 | 5:30 AM
TANGANI CABARAN: Encik Masagos menekankan bahawa masyarakat minoriti Muslim di serata dunia berhadapan dengan perbezaan set pertimbangan, cabaran dan keperluan, berbanding negara bermajoriti Muslim, semasa berucap di majlis makan malam ICCOS di Pusat Konvensyen Raffles City, semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
TANGANI CABARAN: Encik Masagos menekankan bahawa masyarakat minoriti Muslim di serata dunia berhadapan dengan perbezaan set pertimbangan, cabaran dan keperluan, berbanding negara bermajoriti Muslim, semasa berucap di majlis makan malam ICCOS di Pusat Konvensyen Raffles City, semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

SEDANG masyarakat Muslim Singapura terbuka untuk berkongsi pengalamannya dalam mempertingkat dan menghasilkan masyarakat cemerlang, ia juga berusaha mempelajari daripada masyarakat minoriti Muslim dari serata dunia dalam usaha mencapai masyarakat yang berjaya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam perjalanan ini, kata Encik Masagos, masyarakat Muslim Singapura berharap untuk membangunkan badan-badan berpengetahuan agama bagi memberi inspirasi dan membimbing masyarakat Muslim minoriti untuk terlibat aktif dan kritikal serta menangani realiti kontemporari.

Berucap di majlis makan malam Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, menekankan bahawa masyarakat minoriti Muslim di serata dunia berhadapan dengan perbezaan set pertimbangan, cabaran dan keperluan, berbanding negara bermajoriti Muslim.

"Terutamanya cabaran unik yang dihadapi mereka yang tinggal dalam masyarakat terbuka, sekular dan progresif di mana penduduknya tinggal dengan peraturan perundangan.

"Bagi Muslim, ia penting bagi masyarakat minoriti Muslim sedemikian mendapat bimbingan yang relevan tentang bagaimana ia mengamalkan kepercayannya secara yakin," kata Encik Masagos.

Menurut Encik Masagos, masyarakat Muslim Singapura berusaha hidup dan berjaya sebagai rakyat yang aktif dan yakin terhadap Islam.

Masyarakat Muslim Singapura, katanya, berusaha membangunkan masyarakat yang berjaya, didorong oleh ciri-ciri keperibadian, atau Akhlaq; kemahiran, atau Quwwah; dan kewarganegaraan, atau Wathaniah.

Ketiga-tiga ciri utama ini tunggak penting bagi menyediakan para individu dengan pandangan dunia untuk bekerjasama sebagai sebuah masyarakat dan sebahagian daripada pembangunan negara.

"Pada masa yang sama, kami juga bertekad belajar daripada masyarakat minoriti Muslim lain dari serata dunia dalam membangunkan masyarakat yang berjaya.

"Dalam perjalanan ini, kami harap untuk membentuk badan-badan berpengatahuan agama untuk memberi inspirasi dan membimbing minoriti Muslim terlibat secara aktif dan kritikal serta menangani realiti kontemporari," ujar Encik Masagos.

Lantas, dialog yang membina, saling mempelajari dan rangkaian antarabangsa yang diperkukuh adalah faktor penting dalam mencapai visi ini, katanya lagi.

"Bagi Muslim, ia penting bagi masyarakat minoriti Muslim sedemikian mendapat bimbingan yang relevan tentang bagaimana ia mengamalkan kepercayannya secara yakin. Pada masa yang sama, kami juga bertekad belajar daripada masyarakat minoriti Muslim lain dari serata dunia dalam membangunkan masyarakat yang berjaya. Dalam perjalanan ini, kami harap untuk membentuk badan-badan berpengatahuan agama untuk memberi inspirasi dan membimbing minoriti Muslim terlibat secara aktif dan kritikal serta menangani realiti kontemporari." - Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg