Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos temui Mufti Besar Mesir, pelajar S'pura, di Kahirah

Mar 10, 2019 | 10:30 PM
SALAM MUHIBAH: Encik Masagos mengunjungi Mufti Besar Mesir Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem 'Allam setibanya di Kaherah, pada Ahad (10 Mac).
SALAM MUHIBAH: Encik Masagos mengunjungi Mufti Besar Mesir Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem 'Allam setibanya di Kaherah, pada Ahad (10 Mac). - SUHAIMI MOHSEN

KAHERAH: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, tiba di sini pada Ahad (10 Mac) dalam rangka lawatan empat hari ke Mesir dan Jordan hingga Rabu.

Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, mengunjungi Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem 'Allam, dan kemudian mengadakan perbincangan dengan para pelajar Singapura di Mesir di bawah Persatuan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (Perkemas).

Antara perkara yan dibincangkan ialah mengenai asatizah masa depan Singapura.

Jumaat lalu, beliau dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, mengumumkan di Parlimen semasa Perbahasan Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) minggu lalu, mengenai pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) yang bertujuan mengajak masyarakat mencipta visi bersama asatizah masa depan.

Pandangan hasil daripada perbincangan itu dijangka dikumpul sebagai sebahagian daripada usaha berkongsi pelan pembangunan asatizah yang lebih menyeluruh.

Pagi esok (11 Mac) Encik Masagos dijadualkan mengunjungi Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al-Tayyeb.

Selepas itu, Encik Masagos, yang ditemani Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, dan beberapa pegawai-pegawai kanan lain akan berlepas ke Jordan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg