Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos temui Sultan, Putera Mahkota Brunei dalam lawatan ke Bandar Seri Begawan

Jun 12, 2022 | 7:07 PM
Encik Masagos (dua dari kanan) menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (paling kanan), semalam (11 Jun).
Encik Masagos (dua dari kanan) menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (paling kanan), semalam (11 Jun). - - Foto Facebook Masagos Zulkifli

MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semalam (11 Jun) dalam lawatannya ke Bandar Seri Begawan.

Dalam lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini (12 Jun), Encik Masagos turut berjumpa dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah.

"Kami memperkukuh hubungan akrab dan persahabatan antara Singapura dan Brunei.

"Sedang kededua negara kami telah membuka semula sempadan, saya berkongsi dengan Baginda dan Yang Amat Mulia harapan saya agar lebih banyak program pertukaran akan diadakan tahun ini," kata Encik Masagos.

Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata demikian dalam satu pos di Facebook hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg