Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos umum sokongan lebih menyeluruh bagi skim keluarga titipan

Aug 14, 2022 | 5:30 AM
INTERAKSI BERSAMA PESERTA: Encik Masagos (tengah) berinteraksi bersama ibu bapa titipan sempena satu seminar keluarga titipan semalam yang diadakan di Enabling Village. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN
INTERAKSI BERSAMA PESERTA: Encik Masagos (tengah) berinteraksi bersama ibu bapa titipan sempena satu seminar keluarga titipan semalam yang diadakan di Enabling Village. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -

ELAUN yang diberikan kepada skim keluarga titipan akan ditambah untuk menyokong anak-anak titipan dengan lebih menyeluruh, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Ini diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa satu seminar keluarga titipan yang diadakan di Enabling Village di Lengkok Bahru.

Mengulas mengenai peningkatan elaun itu, Encik Masagos berkata: "Peningkatan elaun penjagaan anak titipan adalah antara pendekatan kami yang lebih menyeluruh untuk menyokong keluarga dan anak titipan. Kami menyedari bahawa ibu bapa titipan sering melakukan lebih untuk anak-anak titipan. Kami tekad menyokong perjalanan titipan mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg