Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos zahir rasa syukur 211 pelajar selamat pulang dari Mesir

Apr 8, 2020 | 11:56 AM
LAHIRKAN RASA SYUKUR: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli menasihatkan kesemua pelajar yang wajib mengikuti notis pengasingan 14 hari, "agar mematuhinya dengan sangat serius demi keselamatan negara".
LAHIRKAN RASA SYUKUR: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli menasihatkan kesemua pelajar yang wajib mengikuti notis pengasingan 14 hari, "agar mematuhinya dengan sangat serius demi keselamatan negara". - THE STRAITS TIMES

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Masagos Mohamad, melahirkan rasa syukur setelah 211 pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Kahirah, Mesir telah "selamat tiba di tanahair dinihari tadi".

Kesemua pelajar ini menaiki pesawat yang ditempah khas oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dalam kenyataan yang dimuatnaikkan ke akaun Facebook beliau, Encik Masagos menyatakan bahawa penularan virus COVID-19 telah banyak menjejas kehidupan harian kita di seluruh dunia.

"Pelajar-pelajar kita arif memilih pulang demi keselamatan mereka. Muis sedang bekerjasama dengan pihak universiti untuk memastikan agar pelajar kita dapat meneruskan dan tamat pengajian mereka tepat pada masanya walaupun berada di Singapura," katanya.

Beliau juga menasihatkan kesemua pelajar yang wajib mengikuti notis pengasingan 14 hari, "agar mematuhinya dengan sangat serius demi keselamatan negara".

"Begitu juga dengan kaum keluarga dan kita semua. Jaga kebersihan dan kesihatan diri. Segeralah berjumpa doktor jika merasa tidak sihat. Jika kita mengambil langkah proaktif dan menjalankan tanggungjawab sosial kita massing-masing, penularan virus ini dapat disekat, InsyaAllah," katanya mengakhiri catatan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg