Premium
Masakan Melayu lazat lagi berkhasiat
Pada 4 November, beberapa guru Bahasa Melayu bakal menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selama tujuh minggu, BERITA HARIAN mengetengahkan tulisan sumbangan beberapa guru yang pernah menerima Agab dalam ruangan Bahasa & Budaya. Ia merangkumi pelbagai topik daripada cara menerapkan penggunaan bahasa sehinggalah masakan tradisional orang Melayu. Agab dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
Oct 9, 2023 | 5:30 AM
LAZAT DAN BERKHASIAT: Selain penggunaan rempah-ratus, masakan orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Herba-herba itu menambahkan rasa, menaikkan aroma masakan dan meningkatkan khasiat hidangan yang dimasak. - Foto fail
Trend makan di luar atau memesan makanan dalam talian telah menyebabkan kurangnya usaha untuk memasak sendiri di rumah.
Hal ini menyebabkan semakin ramai orang lebih cenderung menyediakan hidangan yang cepat dan mudah dimasak.
Laporan berkaitan
Membudaya tabiat
timba ilmuSep 25, 2023 | 8:18 PM
Laman terjemah pemerintah perkasa pengguna dalam mengalih bahasaSep 19, 2023 | 3:21 PM

