Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masalah gelisah yang pernah dialami buat gadis tekad bantu orang lain

Sep 13, 2021 | 5:30 AM
INGIN MENDEKATI ANAK MUDA: Dengan pengalaman kesihatan mentalnya, Cik Tasneem berharap dapat membantu mereka menghadapi masalah sepertinya dulu. lain, - Foto BH oleh GAVIN FOO
INGIN MENDEKATI ANAK MUDA: Dengan pengalaman kesihatan mentalnya, Cik Tasneem berharap dapat membantu mereka menghadapi masalah sepertinya dulu. lain, - Foto BH oleh GAVIN FOO -

PANTANG menyerah.

Itulah watak seorang remaja yang mengalami masalah kegelisahan mental yang hampir menggelapkan masa depannya.

Namun, dengan mgemiliki keyakinan yang tidak pernah menggoyahkan dirinya, kini Cik Tasneem Abdul Majeed berada di menara gading.

Beliau belajar dalam tahun ketiga jurusan psikologi di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Mahasiswa berusia 21 tahun itu menceritakan kisah yang dialaminya sebelum sampai ke tahap dia berada sekarang.

Bermula ketika menduduki peperiksaan peringkat 'O'. Beliau begitu gelisah sehingga muntah sebelum mula menduduki setiap kertas ujiandan tidak dapat menyelesaikan kertas peperiksaannya.

Cik Tasneem mengalami insomnia, kehilangan fokus dan keletihan tetapi tetap berusaha kerana ingin melanjutkan pelajaran ke maktab rendah (JC).

Akhirnya, beliau berhasil meraih 18 mata agregat dan berjaya ke Maktab Rendah Yishun.

Bagaimanapun, masalah kegelisahan itu masih berterusan. Beliau sering menangis dan rasa tertekan lebih-lebih lagi semasa memikirkan tentang harapannya untuk ke universiti.

Keadaannya semakin teruk, apabila beliau mengalami tekanan ketika menduduki kertas terakhir peperiksaan akhir tahun pada tahun pertamanya di JC.

Ketika itu, ujian kertas matematik, subjek yang beliau tidak yakin dapat melakukannya dengan baik.

Sehinggakan beliau lupa bagaimana untuk menghidupkan kalkulatornya.

Cik Tasneem juga mengalami masalah pernafasan tidak normal atau hyperventilate dan meminta izin untuk keluar dari dewan peperiksaan.

Di luar dewan, beliau terduduk di lantai sambil menangis dan bergelut untuk bernafas ketika guru berusaha membantunya.

"Fikiran saya kosong. Saya berfikir bahawa saya akan mati kerana saya tidak dapat bernafas.

"Saya tidak menyedari bahawa saya mengalami serangan panik," katanya.

Beliau kemudian rasa tenang sedikit setelah menelefon ayahnya, dan memutuskan untuk menyelesaikan 30 minit terakhir peperiksaannya.

Beliau akhirnya lulus tipis peperiksaan akhir tahun pertama itu dan berjaya melanjutkan pelajaran ke tahun kedua JC.

Cik Tasneem memberitahu, guru dan kaunselor di sekolahnya memberikan sokongan akademik dan moral untuk membantunya menghadapi peperiksaan peperiksaan peringka 'A'.

Beliau berjaya dan muncul sebagai antara pelajar terbaik di JC Yishun-Innova.

"Guru saya bertanya bagaimana saya mahu dibantu dan mereka bersedia melakukannya untuk saya sepanjang tahun.

"Kaunselor sekolah pula bercakap dengan ayah saya untuk memahami kondisi saya,'' jelas Cik Tasnim.

Kini, beliau berharap dengan mengongsi pengalamannya berkaitan masalah kesihatan mental, ia dapat membantu anak-anak muda lain yang menghadapi masalah serupa.

Cik Tasneem juga berharap agar kisahnya ini dapat meningkatkan kefahaman orang ramai tentang masalah kesihatan mental.

"Walaupun saya mengalami masalah kegelisahan, saya masih mempunyai kekuatan, minat, impian dan aspirasi yang unik dan menyumbang kepada bidang yang saya minati," kata Cik Tasneem.

Beliau berharap dapat menceburi kerjaya dalam kesihatan mental kanak-kanak atau psikologi pendidikan.

Cik Tasneem juga melakukan kerja advokasi bersama Resilience Collective, sebuah wadah yang memberi sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental remaja serta Beyond The Label, sebuah kempen oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Nasional untuk menangani stigma yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah keadaan kesihatan mental.

Menurut Cik Tasneem, ayahnya merupakan seorang ahli psikologi forensik, dan ibunya pula seorang pensyarah sambilan.

Pada mulanya, mereka berasa agak sukar untuk menangani masalah kegelisahan ini.

"Mereka lebih fokus kepada penyelesaian langsung, berbanding kepada hanya mendengarkan saya dan memberi saya ruang untuk mengongsi apa yang saya alami.

"Kadang-kadang perkara terbaik yang dapat anda lakukan ialah hanya mendengar," kata Cik Tasneem, yang mempunyai seorang adik lelaki berusia 18 tahun dengan masalah autisme yang teruk.

Namun begitu, bercakap dengan ibu bapanya mengenai cabaran kesihatan mentalnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membantu hubungan mereka menjadi lebih erat, tambahnya.

Memahami keadaan tubuh dan fikirannya dengan lebih baik, ia kini dapat membantu Cik Tasneem mengenai gejala kegelisahannya sebelum ia meningkat.

"Dulu saya kecewa... Tetapi setelah beberapa tahun, saya menyedari bahawa kegelisahan adalah sebahagian daripada keperibadian saya.

" Saya tidak dapat mengubahnya tetapi saya dapat mengubah cara saya mengatasinya," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg