Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masalah ketersambungan kod QR Nets sebabkan sesetengah pengguna DBS PayLah! bayar dua kali

Sep 22, 2018 | 2:14 PM
MASALAH KETERSAMBUNGAN: Pengguna DBS PayLah!, Vicky Faith, yang membuat bayaran $15.40 dan $9.60 pada 12 September dan 10 September mendapati bahawa kedua-dua bayaran itu dibuat dua kali.
MASALAH KETERSAMBUNGAN: Pengguna DBS PayLah!, Vicky Faith, yang membuat bayaran $15.40 dan $9.60 pada 12 September dan 10 September mendapati bahawa kedua-dua bayaran itu dibuat dua kali. - Foto FACEBOOOK/ VICKY FAITH

SESETENGAH pengguna aplikasi DBS PayLah! di sini mungkin membuat bayaran dua kali tanpa menyedarinya minggu ini.

Menerusi laman Facebook mereka semalam (21 September), penyedia khidmat bayaran Nets telah meminta maaf dan berkata beberapa pengguna mungkin mengalami masalah semasa membuat bayaran kod QR Nets disebabkan masalah ketersambungan dari 11.59 pagi hingga 12.33 tengah hari pada 19 September.

"Bagi pengguna DBS PayLah! yang terjejas, kami sedang bekerjasama dengan pihak bank untuk mengembalikan wang bagi bayaran yang dibuat dua kali, secara automatik," katanya.

Pengguna boleh menjangkakan wang mereka dikembalikan dalam bentuk kredit kepada dompet elektronik mereka dalam masa tiga hari bekerja, ujar Nets.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg