SPH Logo mobile
Langgan|

Maserati terbakar di KPE

Maserati terbakar di KPE

Nov 20, 2017 | 6:02 PM

Maserati terbakar di KPE

c2df4b7c-e203-4521-8383-1b4353e64151
- Foto - SG ROAD BLOCKS/TRAFFIC NEWS

SEBUAH kereta mewah, Maserati terbakar di Ekspreswe Kallang Paya Lebar (KPE) petang tadi sehingga menyebabkan jalan susur keluar Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) terpaksa ditutup.

Gambar kenderaan berwarna hitam yang berada di lorong paling kiri sepanjang KPE ke arah Tuas di jalan susur keluar PIE itu telah dipos di dalam kumpulan sembang. Ia menunjukkan api marak di bahagian hadapan kenderaan tersebut.

Saksi, Encik Carfield Lim, memberitahu The Straits Times beliau terlihat kereta itu kira-kira 2 petang.

"Apabila saya melewatinya, sudah terdapat banyak asap hitam," kata beliau.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu The Straits Times mereka dimaklumkan tentang kebakaran tersebut kira-kira 2 petang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg