Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Masih sebak bila baca semula buku ucapan takziah’

Buku ucapan takziah bagi mangsa gempa Gunung Kinabalu bawa kenangan sedih kepada pegawai Masjid Ba’alwie
Aug 4, 2024 | 5:30 AM
Setiausaha Masjid Ba’alwie, Syed Ahmed Al-Attas, yang juga anak imam masjid Syed Hassan Al-Attas, menatap buku ucapan takziah yang disediakan sewaktu upacara mengurus jenazah perempuan kembar siam dari Iran, Ladan dan Laleh Binjani, yang meninggal dunia di sini pada 2003. Buku serupa juga disediakan bagi upacara pengurusan jenazah dua mangsa terkorban dalam gempa Kinabalu.
Setiausaha Masjid Ba’alwie, Syed Ahmed Al-Attas, yang juga anak imam masjid Syed Hassan Al-Attas, menatap buku ucapan takziah yang disediakan sewaktu upacara mengurus jenazah perempuan kembar siam dari Iran, Ladan dan Laleh Binjani, yang meninggal dunia di sini pada 2003. Buku serupa juga disediakan bagi upacara pengurusan jenazah dua mangsa terkorban dalam gempa Kinabalu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
View post on Instagram
 

“Saya masih sebak apabila baca semula buku ucapan takziah itu lagi,” kata Syed Ahmed Al-Attas, setiausaha Masjid Ba’alwie, merujuk kepada buku ucapan takziah yang disediakan masjid kepada para hadirin berhubung insiden tragis dua jenazah sembilan tahun lalu.

Dengan ayah beliau, imam Syed Hassan Al-Attas, berada di luar negara ketika itu, Syed Ahmed ditugaskan menguruskan jenazah Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, 12 tahun, dan Allahyarham Muhammad Daanish Amran, 22 tahun – antara 10 warga Singapura terkorban ketika mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, yang dilanda gempa sekuat 6.0 magnitud pada 5 Jun 2015.

Apabila Syed Ahmed mendapat tahu pada 7 Jun bahawa Ameer salah seorang daripada enam murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) yang sudah disahkan meninggal dunia ketika itu, beliau memutuskan menyediakan buku tersebut – satu tindakan yang menurutnya, disediakan khas bagi upacara pemergian tertentu.

 Allahyarham Ameer Ryyan (tengah).
 Allahyarham Ameer Ryyan (tengah). - Foto PEMBACA BH

“Ia satu kejadian yang sedih dan mengejutkan, dan pasti ramai daripada ahli keluarga, teman terdekat dan para guru, tidak pasti bagaimana hendak meluahkan kesedihan dan kehilangan mereka,” kata Syed Ahmed.

Malangnya buku ucapan takziah itu tidak disimpan di masjid, kata Syed Ahmed. Ia dipercayai disimpan di rumahnya.

Buku tersebut pernah juga disediakan bagi dua saudara kembar siam dari Iran, Ladan dan Laleh Binjani, yang meninggal dunia di sini pada 2003.

Ketika ditemui Berita Minggu di masjid di Lewis Road itu baru-baru ini, Syed Ahmed menunjukkan 96 gambar upacara jenazah tersebut yang berlangsung pada 8 Jun 2015 di peranti iPad beliau.

Suasana pada hari itu sangat pilu, jelasnya.

Jenazah Allahyarham Ameer Ryyan diusung ke ruang masjid pada 8 Jun 2015.
Jenazah Allahyarham Ameer Ryyan diusung ke ruang masjid pada 8 Jun 2015. - Foto SYED AHMED AL-ATTAS

Salah satu gambar menunjukkan ucapan takziah ditulis Menteri Pendidikan ketika itu, Encik Heng Swee Keat, yang kini Timbalan Perdana Menteri.

Beliau menulis: “Kami akan merindukan anda, Ryyan, dan kami akan sentiasa simpan anda dalam ingatan kami.

“Kami akan mengingati sifat kasih sayang, semangat mengembara dan keberanian anda.

“Anda satu inspirasi bagi kami semua.”

Ucapan takziah ditulis mantan Menteri Pendidikan dan kini Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat, kepada pelajar TKPS, Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, yang terkorban dalam kejadian gempa di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.
Ucapan takziah ditulis mantan Menteri Pendidikan dan kini Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat, kepada pelajar TKPS, Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, yang terkorban dalam kejadian gempa di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015. - Foto SYED AHMED AL-ATTAS

Lebih separuh buku tersebut, setebal jari kecil orang dewasa, telah diisi dengan tulisan oleh para hadirin.

Bencana gempa pada 2015 itu meragut nyawa 10 warga Singapura – tujuh murid dan dua guru TKPS; dan Muhammad Daanish, seorang intruktor yang ditugaskan membimbing murid ketika pendakian itu.

Jenazah Allahyarham Ameer tiba di masjid Ba’alwie sekitar 1.30 pagi 8 Jun 2015, manakala jenazah arwah Muhammad Daanish tiba sekitar 9.30 pagi, tepat pada waktu Allahyarham Ameer hendak disolatkan.

Sekitar 10 pagi kemudian, kedua-dua jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Syed Ahmed memimpin jemaah sewaktu solat jenazah bagi Ameer Ryyan dan Muhammad Daanish pada 8 Jun 2015.
Syed Ahmed memimpin jemaah sewaktu solat jenazah bagi Ameer Ryyan dan Muhammad Daanish pada 8 Jun 2015. - Foto SYED AHMED AL-ATTAS

Antara mereka yang hadir terdiri daripada beberapa menteri dan anggota Parlimen, termasuk Encik Heng; Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Luar ketika itu, Encik K. Shanmugam; mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi; Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan) ketika itu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; serta rakan, ahli keluarga mangsa dan orang awam.

Menurut Syed Ahmed, beliau menerima panggilan daripada syarikat pengurusan jenazah, Singapore Muslim Casket, bahawa Ameer, akan dibawa ke masjid selepas diterbangkan ke tanah air menerusi pesawat tentera.

“Ramai orang sudah mula datang ke masjid selepas Isyak pada malam itu,” kata beliau.

Setiausaha Masjid Ba’alwie, Syed Ahmed Al-Attas, mengimbas kembali upacara pengurusan jenazah mangsa gempa pada 2015, ketika diwawancara Berita Minggu di Masjid Ba’alwie di Lewis Road baru-baru ini.
Setiausaha Masjid Ba’alwie, Syed Ahmed Al-Attas, mengimbas kembali upacara pengurusan jenazah mangsa gempa pada 2015, ketika diwawancara Berita Minggu di Masjid Ba’alwie di Lewis Road baru-baru ini. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Sebuah ruang khas di masjid disediakan bagi anggota keluarga bukan Muslim Allahyarham Ameer untuk memberi penghormatan terakhir.

Pihak di sebelah arwah Daanish juga pilu, kata Syed Ahmed.

“Mereka datang dari rumah mereka di Toa Payoh. Ayahnya pada ketika itu tak banyak cakap,” kongsinya lagi.

Allahyarham Muhammad Daanish Amran.
Allahyarham Muhammad Daanish Amran. - Foto PEMBACA BH

“Yang benar-benar menyentuh hati saya adalah bagaimana ramai orang daripada pelbagai latar belakang dan agama, berkumpul di masjid ini untuk sama-sama merenungkan pemergian yang sangat mengejutkan dan sedih ini,” kata Syed Ahmed.

Watch on YouTube

“Ia satu kejadian yang sedih dan mengejutkan, dan pasti ramai daripada ahli keluarga, teman terdekat dan para guru, tidak pasti bagaimana hendak meluahkan kesedihan dan kehilangan mereka.”
Syed Ahmed Al-Attas, setiausaha Masjid Ba’alwie.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg