MASJID Al-Falah di Orchard ditutup pada Jumaat (8 Okt) dari asar sehingga isyak setelah seorang individu yang disahkan dijangkiti Covid-19 mengunjungi masjid tersebut.

Masjid itu akan dibuka semula esok (9 Okt) bagi solat subuh.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi masjid baru-baru ini dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka, dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat.