Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol anjur 'Kenduri Bawah Blok'

Mar 20, 2023 | 5:10 PM
ERATKAN SILATURRAHIM: Masjid Al-Istighfar telah bekerjasama dengan M3 Pasir Ris-Punggol dalam menganjurkan 'Kenduri di Bawah Blok'. Turut hadir dalam majlis itu adalah Encik Sharael Taha (baju biru). - Foto ihsan SHARAEL TAHA.
ERATKAN SILATURRAHIM: Masjid Al-Istighfar telah bekerjasama dengan M3 Pasir Ris-Punggol dalam menganjurkan 'Kenduri di Bawah Blok'. Turut hadir dalam majlis itu adalah Encik Sharael Taha (baju biru). - Foto ihsan SHARAEL TAHA. -

MENJELANG Ramadan, Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol telah bekerjasama untuk menganjurkan satu inisiatif mendekati masyarakat untuk golongan keluarga kurang berpendapatan, yang dinamakan 'Kenduri Bawah Blok' pada Sabtu lalu di Blok 476A Pasir Ris Drive 6. Mengunjungi blok sewa itu, sekitar 30 penduduk Melayu/Islam bersama benefisiari Masjid Al-Istighfar telah berhimpun untuk memeriahkan lagi kenduri di kolong blok itu. Sebelum ini, acara itu telah dihentikan buat sementara akibat pandemik. Turut menghadiri acara itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha. Acara 'Kenduri bawah Blok' itu ialah satu inisiatif Masjid Al-Istighfar sebagai sebahagian wadah jangkauan yang lebih luas bersama M3 Pasir Ris-Punggol. "Ini suatu acara yang sangat bermakna kerana ia memaparkan usaha semua individu termasuk rakan kongsi kami yang terlibat dalam ekosistem menyokong keluarga golongan kurang berpendapatan. "Ia juga penting buat kami sebagai tetangga untuk mengenali antara satu dengan lain dan dalam pada itu, memahami kesusahan atau cabaran yang dihadapi agar kita dapat sama-sama membantu mereka," ujar Encik Sharael kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg