Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Al-Muttaqin ditutup dek kunjungan kes Covid-19; buka semula tengah hari Isnin

May 23, 2021 | 8:37 PM
Masjid Al-Muttaqin
Masjid Al-Muttaqin - Foto MUIS

MASJID Al-Muttaqin telah ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada tengah hari Isnin (24 Mei) selepas masjid itu dikunjungi kes Covid-19 pada Jumaat, 14 Mei lalu. Dalam satu kenyataan pada Ahad (23 Mei), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata seorang individu yang diuji positif bagi virus berkenaan telah mengunjungi masjid tersebut pada 14 Mei antara 12.55 tengah hari dengan 1.35 petang. Waktu itu juga merupakan waktu solat Jumaat dijalankan. Masjid yang terletak di Ang Mo Kio Central Avenue 6 itu, telah ditutup buat sementara waktu untuk menjalankan kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh, jelas Muis. Ia akan dibuka semula pada Isnin waktu Zohor, tambahnya. Menjawab pertanyaan seorang pengguna di Facebook, Muis berkata madrasah masjid itu juga akan dibuka semula pada Isnin. Kerja pembersihan dan pembasmian kuman telah dijalankan di semua kawasan dan kemudahan di dalam masjid itu. Muis turut menjelaskan bahawa semua tempahan bagi solat jemaah pada masa berkenaan telah dibatalkan - iaitu dari waktu Zohor Ahad hingga Subuh Isnin. Muis juga menasihatkan jemaah yang telah mengunjungi masjid itu pada tempoh berkenaan untuk memantau kesihatan mereka sepanjang 14 hari bermula dari tarikh kunjungan mereka ke masjid itu. Jemaah diminta supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mereka mula menghidap gejala dan memberitahu doktor tentang kunjungan mereka itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg