Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Angullia dibuka semula secara rasmi

Feb 14, 2020 | 8:15 PM
MASJID BERSEJARAH DIBUKA SEMULA: Kini mempunyai empat tingkat dan dibangun semula, Masjid Angullia boleh menampung lebih ramai jemaah. - Foto: LIM YAOHUI
MASJID BERSEJARAH DIBUKA SEMULA: Kini mempunyai empat tingkat dan dibangun semula, Masjid Angullia boleh menampung lebih ramai jemaah. - Foto: LIM YAOHUI -

MASJID Angullia di Serangoon dibuka secara rasmi pada Jumaat (14 Feb) oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli setelah selesai kesemua kerja-kerja pembangunan yang berlangsung sejak Februari 2018

Lebih ramai jemaah kini boleh menunaikan ibadah dengan selesa di masjid itu yang mempunyai empat tingkat, berhawa dingin, dan boleh menampung 2,500 jemaah berbanding 1,500 orang sebelum ini.

Ini tidak termasuk selesainya usaha pemuliharaan bagi rumah gerbangnya atau gatehouse, yang dilestarikan kerana nilai sejarahnya.

Masjid berusia 130 tahun yang telah berubah wajah beberapa kali kini berdiri setinggi empat tingkat dan dicat warna merah pulasan atau merah 'terracotta,' merupakan penampilan baru di sekitaran Serangoon yang melambangkan warisan pendatang India utara, asalnya pengasas Masjid Angullia.

Masjid itu pertama kali dibina pada 1890 oleh pedagang serta dermawaan Allahyarham Mohammad Salleh Eusoff yang berasal dari Rander, Mumbai utara dan kini diurus waris generasi ke-empat keluarga beliau, Encik Ayoob Angullia. *Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg