Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasjid Ar-Raudhah naik taraf, lebih mesra warga emas
Masjid Ar-Raudhah naik taraf, lebih mesra warga emas
Masjid Ar-Raudhah sedang menjalani fasa pertama projek peningkatannya, setelah lebih 30 tahun ia berkhidmat kepada masyarakat.
Pengerusi Eksekutif Masjid, Encik Zuraimi Abdul Basheer, berkata projek itu dijadual berjalan lebih kurang dua tahun.
“Keperluan jemaah kami telah berkembang selama bertahun-tahun, terutamanya apabila kami berkhidmat untuk jemaah warga emas, keluarga, belia dan mereka yang memerlukan mobiliti.
“Fokus utama naik taraf ini ialah meningkatkan aksesibiliti di seluruh masjid, sambil menyediakan ruang solat, pembelajaran dan masyarakat lebih baik agar jemaah pelbagai peringkat umur dan keperluan boleh menggunakan masjid dengan lebih selesa,” katanya.
Sepanjang fasa pertama, dewan solat utama beroperasi seperti biasa namun dengan kapasiti jemaah terhad.
Bagi solat Jumaat dah Hari Raya, masjid itu akan menilai ruang yang ada berdasarkan fasa kerja naik taraf pada masa itu dan membuat pengaturan sewajarnya.
Buat masa ini, kelas mengaji dijalankan di dalam dewan solat tersebut.
Kerja naik taraf turut menjejas pejabat pentadbiran dan kaunter pertanyaan utama, namun sebuah kaunter pertanyaan sementara disediakan di dalam kontena di pekarangan masjid.
Waktu operasi masjid ialah Isnin hingga Sabtu, dari 9 pagi hingga 5 petang.
Encik Zuraimi berkata: “Sokongan paling penting yang kami minta ialah kesabaran, persefahaman dan kerjasama berterusan masyarakat semasa kerja dijalankan.
“Jemaah boleh membantu dengan mengikuti perubahan akses dan pengaturan solat, menyokong bimbingan kakitangan dan sukarelawan kami, dan terus menyokong masjid melalui kegiatan dan usaha mengumpul dana.”
Masjid Ar-Raudhah masih memerlukan baki dana $2.3 juta. Ia mengalu-alukan sumbangan masyarakat.
Sumbangan boleh disalurkan melalui pemindahan bank, PayNow, atau secara tunai di pejabat masjid.
CARA DERMA KEPADA PROJEK PENINGKATAN MASJID AR-RAUDHAH
– Tabung Masjid: Masukkan derma ke dalam tabung yang disediakan di masjid.
– Paynow: UEN S93MQ0024E atau imbas kod QR
– Pemindahan Bank: OCBC Akaun Semasa 501-806368-001