Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perkasa masyarakat dalam Raudhatul Quran dan Harmony@Ar-Raudhah

Sep 17, 2021 | 5:30 AM
LAKAR AKTIVITI: Berbincang dengan wakil Otai Cycling Club untuk 'Charity Ride' untuk dana peningkatan Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH
LAKAR AKTIVITI: Berbincang dengan wakil Otai Cycling Club untuk 'Charity Ride' untuk dana peningkatan Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH -

MASJID Ar-Raudhah akan mempelopori dua program Raudhatul Quran dan Harmony@Ar-Raudhah untuk masyarakat Islam, khususnya yang berada di Bukit Batok.

Program Harmony@Ar-Raudhah ini mengajak masyarakat bukan Islam untuk menyertai acara-acara yang disediakan.

Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata program ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan sosial antara badan pertubuhan agama di kawasan Bukit Batok dengan Masjid Ar-Raudhah sendiri.

Pemerkasaan program ini dianggap sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan toleransi antara kaum dengan memahami berbeza budaya dan agama serta menyediakan platform rujukan untuk komuniti Bukit Batok memahami ajaran Islam.

Bagi perancangan untuk tahun 2021-2023 pula, Masjid Ar-Raudhah menyasarkan satu program utama iaitu Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dalam kalangan masyarakat yang berbeza kefahaman dan kepercayaan.

Aktiviti ini melibatkan perkongsian ajaran utama agama masing-masing dalam satu ruang yang sama.

Masjid Ar-Raudhah turut mewujudkan sesi dialog agama sebagai alternatif merapatkan perpaduan dan meminimumkan konflik antara masyarakat berlainan agama.

Ustaz Mohamed Ali Atan berkata, Raudhatul Quran pula menjadi wawasan masjid untuk membina generasi keluarga Al-Quran berdasarkan 5 Mim iaitu Membaca, Menulis, Memahami, Menghafal dan Menghayati.

Bagi setiap program 5 Mim itu, ia akan dikendalikan oleh para asatizah bertauliah yang berbeza kerana setiap intipati pengajaran juga berbeza.

"Untuk menguatkan lagi program melahirkan generasi Al-Quran, Masjid Ar-Raudhah mengadakan Kursus Al-Quran 3T, Kursus Asas Tarannum dan pengajian asas bahasa Arab.

Dalam usaha yang lain, Masjid Ar-Raudhah aktif di laman sosial Facebook dan Instagram dengan aktiviti seperti #ARRaudhatul Quran Hour, Stories of the Quran, #ARRQuranReflections, dan Khatam Al-Quran Perdana.

Sebagai program tambahan, Masjid Ar-Raudhah menganjurkan acara keharmonian kaum, perhimpunan maya antara masyarakat berbeza agama semasa musim perayaan dan lawatan ke organisasi agama yang berlainan.

"Kesemua program ini menjadi satu medium komunikasi yang kukuh untuk berinteraksi dengan masyarakat berlainan agama.

Di samping itu, peningkatan infrastruktur masjid seperti bilik azan, bilik teknologi maklumat, bilik penyelenggaraan, bilik klinik Al-Quran dan lain-lain pula akan mengoptimumkan peranan masjid kepada jemaah.

Pihaknya juga akan menamakan 28 bilik bersempena nama para imam yang masyhur dalam bidang Al-Quran.

Contohnya, kaunter pejabat akan diberi nama sebagai 'Muhammad bin Abdul Rahman al-Makki' atau nama keduanya, Abu Amru.

Secara tidak langsung, para jemaah dapat mempelajari info baharu mengenai tokoh-tokoh keilmuan Islam melalui penjenamaan bilik di Masjid Ar-Raudhah.

Dari segi perkhidmatan, Ar-Raudhah akan cuba mencapai akreditasi SPARK untuk tadikanya dan akreditasi SGclean untuk kebersihan masjid serta Bizsafe bagi mewujudkan tempat kerja dan tempat ibadah yang selamat serta sihat.

CARA MENDERMA

  1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E
  2. Pemindahan akaun: OCBC Current Account 501-806368-001
  3. Cek atas nama: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah yang beralamatkan 30 Bt Batok East Ave 2, S 659919

Imbas kod QR yang tertera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg