Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Bencoolen dibuka semula dengan ruang solat lebih besar

Mar 1, 2024 | 7:02 PM
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama (dari kiri) Encik Kadir Maideen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, dan ahli Lembaga Pentadbir Masjid Bencoolen, Encik Sheik Mohamed Farouq, diberi taklimat mengenai Hab Belia di pembukaan semula masjid itu  pada 1 Mac.
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama (dari kiri) Encik Kadir Maideen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, dan ahli Lembaga Pentadbir Masjid Bencoolen, Encik Sheik Mohamed Farouq, diberi taklimat mengenai Hab Belia di pembukaan semula masjid itu pada 1 Mac. - Foto BH oleh IZWANDI AZMAN

Masjid Bencoolen telah dibuka semula sepenuhnya pada 1 Mac dengan ruang solat lebih besar bagi menampung hingga 1,000 jemaah.

Selain kemudahan dipertingkat seperti lif, tanjakan dan susur tangan, ia mempunyai ruang khusus, dipanggil Hab Belia, bagi menarik golongan muda dan pelajar dari institut pengajian tinggi berdekatan.

Tetamu terhormat majlis pembukaan semula itu ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Beliau diiringi Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen; Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim; dan Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof.

Dalam satu catatan Facebooknya pada 1 Mac, Encik Masagos berkata:

“Setelah dinaik taraf, Masjid Bencoolen kini mempunyai ruang solat lebih besar untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah, bilik darjah tambahan yang boleh ditukar menjadi ruang solat jika diperlukan, ruang solat khas bagi Muslimah dan kemudahan seperti lif dan ruang bebas pengadang untuk memudahkan akses bagi golongan kurang upaya serta warga emas.

“Ruang khusus bagi belia menjalin persahabatan dapat dijadikan ruang untuk dialog silang agama dan memahami keharmonian kaum,” ujar Encik Masagos.

Sebelum solat Jumaat pimpinan Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar, Encik Masagos dan Encik Mohamed Rafeeq menyampaikan tanda penghargaan kepada penderma dana naik taraf masjid itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg