Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Darul Ghufran adakan rumah terbuka

Apr 18, 2019 | 7:39 PM
TAWAR KHIDMAT: Masyarakat berpeluang mengetahui tentang pelbagai program dan kegiatan anjuran Masjid Darul Ghufran di rumah terbukanya.
TAWAR KHIDMAT: Masyarakat berpeluang mengetahui tentang pelbagai program dan kegiatan anjuran Masjid Darul Ghufran di rumah terbukanya. - Foto BH OLEH LIM YAOHUI

BUKAN sekadar hiasan tetapi ayat suci Al Quran yang menghiasi muka bangunan dan bahagian dalam Masjid Darul Ghufran bertujuan menyuntik nilai murni dan kerohanian bagi jemaah.

Menurut Imam Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab, ayat 80 Surah Al-Isra itu menjadi pilihan kerana ayat itu menggalak jemaah serta masyarakat membersihkan hati mereka sebelum memulakan sesuatu, tidak kira dari segi amalan, tempat atau apa jua perbuatan.

Orang ramai boleh menyaksikannya dengan lebih dekat serta ciri lain masjid di Tampines Avenue 5 itu yang baru selesai menjalani kerja peningkatan di acara rumah terbukanya mulai esok (19 April) hingga Ahad.

Pelbagai kegiatan yang boleh dinikmati seisi keluarga akan turut dianjurkan termasuk ceramah 'Keluargaku Perfect 10' oleh Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin, bengkel seni khat, bengkel coding serta sesi bercerita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg