MASJID Hasanah sangat beruntung kerana dibantu asatizah bermutu dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam dari dulu hingga kini. Kecekalan dan jasa asatizah ini dalam menyebar ilmu pengetahuan kepada masyarakat Islam melalui kelas-kelas bimbingan agama sangat dihargai.

Antara mereka ialah Ustaz Sawifi Samson, 86 tahun, salah seorang ustaz pertama yang pernah mengajar di Masjid Hasanah. Beliau mendapat pendidikan daripada Habib Muhammad Bin Salim Bin Ahmad Bin Hassan Al-Attas dan juga Ustaz Abdul Rahman Al-Jamboli.

Beliau mengajar kelas fardu ain pada setiap Ahad sebagai kelas permulaan. Anak muridnya pada waktu itu hanyalah antara 14 hingga 15 orang sahaja. Selain daripada kursus fardu ain, Ustaz Sawifi juga mengajar kursus haji dan umrah serta pelajaran akhlak.

Menurut Ustaz Sawifi, beliau gembira dan bersemangat menyampaikan ilmu kepada pelajarnya walaupun pada waktu itu tiada aplikasi canggih seperti Facebook untuk menguar-uarkan program Masjid Hasanah. Namun, beliau masih kekal bergiat tanpa memikirkan penat lelah untuk mengajar di masjid itu.

Salah seorang anak murid Ustaz Sawifi iaitu Encik Umar Mohammed, 68 tahun, yang kini merupakan antara muazin yang bergiat di Masjid Hasanah. Berkongsi mengenai nama asal Teban Gardens, beliau menerangkan bahawa nama asal kawasan tersebut ialah Kampong Java Teban, sebelum kawasan tersebut dibangunkan semula.

Encik Umar juga merupakan salah seorang ketua kawasan bagi Blok 2, 3, 8 dan 9. Beliau amat giat bergabung tenaga bersama pihak masjid untuk menjalankan kegiatan seperti bacaan Yasin beramai-ramai dan mengeratkan lagi silaturahim sesama penduduk dengan melazimi kegiatan ziarah-menziarahi penduduk yang sakit atau meninggal dunia.

PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Bagi Ustaz Sawifi, bersolat di luar masjid untuk menunaikan solat Hari Raya beramai-ramai bersama pelajar dan penduduk Teban Gardens pada masa itu adalah peristiwa yang tidak dapat dilupakannya.

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

Bagi Encik Umar pula beliau tidak akan lupa akan semangat berpaduan yang ditonjolkan oleh penduduk Teban pada masa itu. Beliau juga tidak lupa kesukaran pada waktu itu. Pelajar terpaksa berhadapan dengan pengalaman kurang selesa, dengan masjid mengalami kebocoran akibat hujan terlalu lebat semasa mereka sedang menuntut ilmu.

HARAPAN SEORANG GURU DAN ANAK MURID

Bagi Ustaz Sawifi, harapan beliau agar pelajar yang menuntut ilmu dapat menjadi pemimpin kepada setiap ahli keluarga mereka kerana dengan kepimpinan yang baik, ia dapat memupuk generasi yang berakhlak tinggi dan bertanggungjawab, bukan sahaja kepada keluarga mereka, malah kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Encik Umar yang masih giat meningkatkan ilmu dalam bidang Al-Quran bersama Ustaz Afandi Amat juga berharap agar setiap pelajar akan dapat menerapkan pembelajaran sepanjang hayat bagi terus meningkatkan diri untuk mengasah kemahiran diri. Penerapan yang dipelajari bukan saja untuk kebaikan dunia, malah akhirat terutama sekali ilmu pembelajaran Al-Quran.

Sesungguhnya, Allah swt mewajibkan setiap hamba-Nya agar menuntut ilmu. Hal ini kerana, ilmu ialah kunci kejayaan untuk mencapai keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

CARA HULUR SUMBANGAN

DERMA

Hulur sumbangan anda melalui:

  1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B
  2. Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC bernombor 591-070164-001

Isikan di ruang 'bill reference' dengan "wakaf" atau "Infaq".

Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.

  1. Melalui cek atas nama "LPM Hasanah"

Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878.

Tulis nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek.

INFAK DAN PENGAMBILAN DERMA DARI RUMAH

Infak barang kemas dan pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.

  1. Hubungi pejabat masjid di talian 6561-7990 untuk sesi janji temu.
  2. Melalui kaunter pejabat: Isnin - Khamis (9.30 pagi - 5 petang), Jumaat (2 petang - 5 petang) serta Sabtu dan Ahad (12 tengah hari - 3 petang).