Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Khalid dibuka rasmi selepas kerja peningkatan sejak 2019

Apr 20, 2023 | 5:30 AM
DIRASMI: Presiden Halimah Yacob bersama suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee (berbaju batik coklat muda), menyiram air di tanaman atas bumbung Masjid Khalid yang dibuka secara rasmi pada Rabu. Turut menyaksikan ialah pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamad (tengah). - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
DIRASMI: Presiden Halimah Yacob bersama suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee (berbaju batik coklat muda), menyiram air di tanaman atas bumbung Masjid Khalid yang dibuka secara rasmi pada Rabu. Turut menyaksikan ialah pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamad (tengah). - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

MASJID Khalid di Joo Chiat Road telah dibuka rasmi oleh Presiden Halimah Yacob pada Rabu.

Masjid itu, yang telah menjalani kerja ubah elok sejak 2019, terdahulu mula beroperasi pada 11 Januari dan diwakafkan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dua hari kemudian.

Pengerusinya, Encik Allaudin Mohamad, dalam ucapannya, berkata majlis itu menandakan tamat kerja peningkatan yang dijalankan sejak sekitar tiga tahun.

Antara lain kerja naik taraf yang menelan belanja $7.5 juta itu kini membolehkah masjid itu menampung sehingga 1,750 jemaah berbanding 1,000 orang sebelum ini bersertakan sebuah bangunan Annex empat tingkat bagi mengendali pelbagai acara dan urusan keagamaan.

Encik Allaudin juga mengumumkan atas kelebihan sumbangan derma diterima dari masyarakat Singapura, beliau akan mengagihkannya kepada pertubuhan dan masjid yang telah menyokong Masjid Khalid dalam usaha naik tarafnya.

Sebanyak tujuh masjid dan dua madrasah masing-masing telah menerima $25,000. Mereka adalah Masjid Al-Istighfar, Masjid Wak Tanjong, Masjid Salim Mattar, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Masjid Haji Mohd Salleh, Masjid Haji Mohd Salleh (Palmer Rd), Masjid Darul Makmur, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Majlis pembukaan itu turut dihadiri suami Presiden Halimah, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos; dan pegawai kanan Majlis Ugama Islam Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg