Masjid Mujahidin ditutup sementara pada Rabu setelah kes Covid-19 dikesan di sana
Masjid Mujahidin ditutup sementara pada Rabu setelah kes Covid-19 dikesan di sana
Sep 28, 2021 | 10:55 PM
Masjid Mujahidin akan ditutup dari subuh hingga asar pada Rabu (29 September) bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman. - Foto Fail ST
MASJID Mujahidin ditutup buat sementara waktu setelah satu kes Covid-19 dikesan di sana, kata Muis dalam satu kiriman Facebook pada Selasa (28 September). Masjid di Queenstown itu akan ditutup dari subuh hingga asar pada Rabu (29 September) bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman. Ia akan dibuka mulai maghrib pada hari sama. Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah ke masjid itu baru-baru ini dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka, dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika tidak sihat.

