Premium
Masjid An-Nur salur $66,000 bantu pesakit ginjal
Apr 3, 2019 | 5:30 AM
BANTU PESAKIT GINJAL: (Dari kiri) Profesor Madya Abdul Razakjr Omar, Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Encik Tim Oei, Encik Zaqy Mohamad, Encik Khalid Shukur Bakri, dan Pengurus (Dakwah dan Pendekatan Masyarakat) Masjid An-Nur, Ustaz Bahrul-Ulum Buang di acara penyampaian cek bernilai $66,000 yang didermakan masjid itu kepada NKF semalam. - Foto MASJID AN-NUR -
MASJID An-Nur telah menyumbang sebanyak $66,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi membiayai tiga mesin dialisis dan tiga kerusi geriatrik di pusat dialisis NKF.
Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata sumbangan itu juga merupakan peluang baik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit ginjal di kalangan jemaah masjid.

