MASJID Petempatan Sembawang ditutup pada Selasa (27 April) dan Rabu (28 April) bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan menyusuli kunjungan seorang jemaah yang diuji positif Covid-19 pada 23 April lalu.
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di laman Facebooknya menjelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) telah memaklumkan tentang individu ini yang mengunjungi masjid tersebut antara 1.55 petang hingga 2.22 petang pada 23 April.
Masjid Petempatan Sembawang dijadualkan dibuka semula pada waktu zohor pada Khamis (29 April).
Semua tempahan bagi solat jemaah akan dibatalkan termasuk tempahan bagi solat tarawih, jelas Muis.
Muis sedang membantu MOH dalam proses jejak kontak dengan semua jemaah yang dikenal pasti merupakan kontak rapat dengan individu berkenaan akan dihubungi bagi langkah susulan yang perlu.
"Moga kita terus memainkan peranan dalam memastikan masjid kita selamat. Moga Allah swt memudahkan urusan kita," tambah Muis.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg