Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid S'pura kumpul $600,000 untuk sedia juadah berbuka bagi masyarakat

May 8, 2020 | 4:33 PM
Jumlah yang dikumpulkan untuk SGUnited Buka Puasa kini sebanyak $2.58 juta.
Jumlah yang dikumpulkan untuk SGUnited Buka Puasa kini sebanyak $2.58 juta. - RLAF

SEJUMLAH 37 masjid setempat telah menyumbang $600,000 ke arah usaha SGUnited Buka Puasa yang menyediakan juadah berbuka puasa kepada anggota masyarakat Islam sepanjang Ramadan. Inisiatif itu bertujuan memberi 20,000 bungkusan makanan sehari kepada pekerja penjagaan kesihatan dan keluarga mereka, penerima zakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), serta keluarga lain yang memerlukan makanan dalam bulan Ramadan. Ini menjadikan jumlah yang dikumpulkan untuk SGUnited Buka Puasa sebanyak $2.58 juta. Muis sebelum itu telah membuat sumbangan $1 juta, dan $980,000 lagi diraih daripada usaha mengumpul dana Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). Sumbangan masjid itu datang daripada derma masyarakat yang biasanya digunakan untuk menampung perbelanjaan sepanjang Ramadan, seperti penyediaan juadah iftar jemaah, solat tarawih dan pengagihan makanan kepada keluarga memerlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg