Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Masjid tidak ketinggalan guna wadah sosial pikat jemaah baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid tidak ketinggalan guna wadah sosial pikat jemaah baru

Dec 08, 2023 | 03:09 PM



Daripada menentang arus media sosial, mengapa tidak memanfaatkannya untuk kebaikan individu dan masyarakat.

Inilah pendekatan yang diambil oleh beberapa masjid di Singapura, bahkan ada yang telah meraih manfaat menggunakan wadah media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendekati masyarakat.

Dua masjid, Masjid Assyakirin dan Masjid Al-Istighfar, berkata jumlah peserta bagi kelas-kelas yang dijalankannya telah berganda sejak ia mula menggunakan media sosial untuk mendekati masyarakat.

Mereka mengeluarkan kandungan berdasarkan trend terkini seperti gaya Wes Anderson, seorang pengarah filem dari Amerika Syarikat, yang memaparkan rakaman gambar yang lebar dan simetri, serta acara peraduan seperti Quran Challange yang memerlukan orang awam melengkapkan ayat Al-Quran tertentu.


Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), beberapa masjid yang giat di alam maya berkata hasrat mereka adalah mempelbagai usaha menjangkau masyarakat, menjalinkan hubungan bersama jemaah, dan mendidik serta memupuk nilai-nilai Islam.


Ini terutama sekali untuk memikat golongan lebih muda, dengan harapan masyarakat akan lebih mengetahui, memahami dan menghayati Islam dengan lebih mendalam.

Masjid Al-Falah, di Orchard Road, antara masjid yang berbuat sedemikian. Sejak 2020 ia telah mengeluarkan kandungan mengenai masjid dan agama menggunakan akaunnya di media sosial.

Ketua Penyebaran Kreatif & Penglibatan Digital Masjid Al-Falah, Ustaz Muhammad Hidir Sulaimee,berusia 32 tahun, turut kongsi pendekatan media sosial Masjid Al-Falah bersama BH.

“Platform ini digunakan untuk menyebarkan kandungan agama yang bermanfaat melalui video ringkas, artikel yang menarik serta mempromosikan program-program masjid,” tambah Ketua Bimbingan Agama dan Pembangunan Masyarakat Masjid Al-Falah, Ustaz Hanan Farihin Jasmani, 29 tahun.

Strategi menggunakan media sosial untuk memikat peserta, terutama golongan lebih muda, selaras dengan hasil kajian Laporan Gambaran Keseluruhan Global Digital 2023 oleh Meltwater dan We Are Social.


Menurut laporan itu, 84.7 peratus penduduk Singapura menggunakan media sosial dan hampir separuh (49.6 peratus) daripada jumlah itu merupakan golongan muda yang berusia 35 tahun dan ke bawah.

Kandungan yang dikeluarkan masjid-masjid ini juga tidak dicipta secara sewenang-wenangnya dan menggunakan strategi yang kerap diperhalusi mengikut citarasa pengikut di alam maya.

Untuk menghasilkan kandungan media sosial yang berkesan, perlu ada kemahiran dan penyelidikan tertentu dan beberapa masjid seperti Masjid Assyakirin mempunyai pasukan khas untuk menggalas peranan ini,

Malah, sebahagian masjid, seperti Masjid Al-Istighfar, mempunyai tema yang memberi panduan mengenai kandungannya.

“Kandungannya perlu mengikuti trend masa kini dan minat mereka adalah satu keperluan untuk kita mengkaji,” kata Pegawai Agama Masjid (MRO) Ketua Jabatan Masjid Hang Jebat, Ustaz Muhassan Ariffin, 36 tahun.

Dalam pada itu, masjid-masjid yang menggunakan media sosial juga sedar risiko menggunakan wadah ini untuk menyebar mesej atau berdakwah.

Mesej yang disampaikan boleh menyebabkan salah faham, kekeliruan atau mengundang lebih banyak persoalan kerana batasan media sosial yang berberat kepada video ringkas.

Ada risiko salah pengertian dan salah faham boleh berlaku akibat video yang agak pendek, kerana jangkaan pengguna media sosial dan batasan media sosial yang menyekat penyampaian penuh dan menyeluruh.


Namun masjid-masjid yang dihubungi BH berkata mereka sedar akan masalah ini dan sedang berusaha mengatasinya.


Sebagai contoh, Masjid Assyakirin serta Masjid Al-Istighfar menggalakkan pengikut media sosial mereka mengirimkan mesej dan mengajukan soalan susulan jika mereka kurang faham tentang sesuatu bahan yang diterbitkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >