Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Yusof Ishak ditutup sehari selepas pengesanan kes Covid-19

Aug 7, 2021 | 1:21 PM
Foto BH oleh DESMOND FOO
Foto BH oleh DESMOND FOO -

MASJID Yusof Ishak telah ditutup sementara selama sehari sejak waktu zuhur pada Sabtu (7 Ogos) bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah seorang individu yang mengunjunginya disahkan positif Covid-19.

Ia akan dibuka semula pada waktu zuhur Ahad.

Ini dimaklumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam pos Facebook pada Sabtu.

Menurut Muis, individu berkenaan berkunjung ke Masjid Yusof Ishak pada 23 Julai antara 12.46 tengah hari hingga 1.31 petang serta pada 30 Julai antara 2.51 petang hingga 3.30 petang.

Menurut Muis, semua tempahan untuk solat berjemaah dibatalkan secara automatik.

Jemaah yang mengunjungi masjid pada waktu kunjungan kes Covid-19 yang tertera pada 23 dan 30 Julai dinasihati agar memantau kesihatan mereka dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg