Mastura catat sejarah bagi SG di Sukan SEA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mastura catat sejarah bagi SG di Sukan SEA

Doktor perubatan rangkul pingat pertama SG dalam acara menembak 'trap' wanita
May 20, 2022 | 5:30 AM

Mastura catat sejarah bagi SG di Sukan SEA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto-foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM, ARIFFIN JAMAR
- Foto-foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM, ARIFFIN JAMAR -

SRIKANDI menembak, Siti Mastura Rahim memenangi pingat pertama Sukan SEA negara dalam acara 'trap' individu wanita.

Di Pusat Menembak yang terletak di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi petang semalam, Siti Mastura, 33 tahun, seorang doktor perubatan, merangkul pingat gangsa selepas meraih 25 mata.

Mastura, dalam penampilan pertamanya di Sukan SEA, beraksi konsisten sepanjang pertandingan di Hanoi menduduki tempat kedua, dengan 60 mata, pada hari pertama saingan kelmarin, sebelum mendahului kedudukan dengan 102 mata daripada 11 pesaing awal petang semalam.

Hanya enam penembak terbaik dapat mara ke pusingan final.

Ditemui Berita Harian, Siti Mastura berkata: "Saya teruja mendapat tahu ini adalah pingat Sukan SEA pertama negara dalam acara ini. Mudah-mudahan, pencapaian itu dapat merintis jalan untuk lebih ramai penembak muda menyertai sukan ini. Ini pastinya bukan temasya Sukan SEA terakhir saya, saya masih mendahagakan lagi kejayaan."

Acara menembak 'trap' membuat kemunculan semula dalam Sukan SEA Hanoi buat pertama kali sejak edisi 2005.

Pingat emas dimenangi Hoang Thi Thuat dari Vietnam (39 mata), dengan warga Indonesia Adilya Safitri membawa pulang pingat perak (36 mata).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg