Masyarakat digesa ikut garis panduan Muis sempena pembukaan semula masjid
Jun 1, 2020 | 5:30 AM
-
PERSIAPAN BERJALAN LANCAR: Encik Mohd Maksod Nabi Ahamad, ketua jabatan Aset dan Kemudahan di Masjid Mujahidin melekatkan pelekat putih di permaidani dewan solat. Jemaah individu diminta berdiri di dalam kotak ini semasa menunaikan ibadah. Jemaah yang pergi ke masjid dengan seisi keluarga pula diminta menunaikan solat di ruang yang dipagari papan, yang boleh dilihat di belakang Encik Maksod. - Foto-foto BH oleh GAVIN FOO -
LANGKAH BERWASPADA: Jemaah yang ingin memasuki masjid selepas ia dibuka semula perlu melalui beberapa pemeriksaan dan langkah pencegahan, termasuk pemeriksaan suhu badan. Mereka juga perlu mengimbas kad pengenalan bagi sistem Safe Entry. -

GARIS panduan yang mengiringi pembukaan semula masjid esok adalah bagi kebaikan jemaah dan mematuhinya merupakan sebahagian ibdah kita, kata Ustaz Dr Mohamed Ali.
Dr Mohamed, yang juga Penolong Profesor di Program Pembelajaran Hubungan Silang Agama Dalam Masyarakat Majmuk, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata antara pengajaran semasa tempoh penutupan masjid selama tiga bulan ialah peri pentingnya institusi masjid bagi masyarakat dan beliau menggesa masyarakat Melayu/Islam mengambil berat garis panduan yang ditetapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sempena pembukaan semula masjid.