Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masyarakat kebaya perkukuh warisan Melayu

Nov 18, 2023 | 8:51 PM
PAMERAN KEBAYA:  Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga penasihat kepada One Kampong Gelam, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, bersama pengasas Kebaya Société, Encik Sufiyanto Amat Sopingi, di pelancaran pameran Gaya Kebaya – 130 Tahun di Sultan Gate.
PAMERAN KEBAYA: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga penasihat kepada One Kampong Gelam, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, bersama pengasas Kebaya Société, Encik Sufiyanto Amat Sopingi, di pelancaran pameran Gaya Kebaya – 130 Tahun di Sultan Gate. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Kampong Gelam pada Sabtu diwarnai dengan kaum wanita yang manis berpakaian kebaya sementara yang lelaki pula segak berpakaian kemeja batik.

Ini adalah sempena acara ‘Gaya Kebaya – Raikan Warisan Kita’ anjuran Berita Mediacorp dan One Kampong Gelam.

Acara tersebut bertujuan meraikan warisan dan tradisi pakaian tradisional itu.

Sebagai sebahagian acara itu, tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga penasihat kepada One Kampong Gelam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah melancarkan dokumentari terbitan pasukan ehwal semasa Berita Mediacorp, Kebaya Gaya Nusantara, yang akan disiarkan di Suria pada Khamis.

Dr Faishal juga melancarkan pameran Gaya Kebaya – 130 Tahun (Gaya Kebaya – 130 Years) di Sultan Gate.

Acara itu sebagai satu usaha memperkukuhkan warisan kebaya yang juga dicalonkan untuk senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada akhir Mac tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg