Harmoni buka puasa bersama di Lahore
Mar 3, 2026 | 1:55 PM
Semangat perpaduan dan harmoni terserlah di Lahore, Pakistan, apabila seorang sukarelawan muda daripada masyarakat Sikh berbesar hati menghulurkan hidangan berbuka puasa kepada umat Islam. Aksi kemanusiaan ini, yang dirakam pada 25 Februari, menyerikan kemuliaan bulan suci Ramadan dengan mesej kasih sayang dan toleransi. - Foto EPA
Seorang sukarelawan kanak-kanak daripada masyarakat Sikh mengedarkan makanan kepada umat Islam untuk berbuka puasa semasa bulan suci Ramadan di Lahore, Pakistan pada 25 Februari 2026.

