Jom teroka kandungan digital BH!
Pelbagai lagi kandungan menarik disediakan di wadah digital Berita Harian. Berikut kami susunkan beberapa kandungan pilihan untuk anda nikmati. Senarai ini akan dikemas kini dua kali seminggu, pada setiap Selasa dan Jumaat.
EPISOD TERBARU PODCAST
NoTapis
Apakah sebenarnya makna Hari Raya... kalau kita lihat daripada ‘POV’ atau sudut pandangan kanak-kanak?
Dalam episod khas Hari Raya, penerbit dan penyampai Podcast, Cik Natasha Mustafa, dan Wartawan Video, Cik Ameerah Sallehuddin, duduk bersama empat ‘bos’ kecil – berusia antara 5 dengan 7 tahun – untuk mendengar kisah mereka tentang Raya, daripada impian ingin pergi bercuti guna duit Raya, lagu Raya kegemaran sehinggalah ‘drama’ pagi Raya di rumah.
BHerbual
Episod ke-34 BHerbual membincangkan usaha memperkasa keluarga berpendapatan rendah dan menyokong pekerja terus kekal relevan dalam dunia kecerdasan buatan (AI).
Sama ada sesebuah keluarga tinggal di flat sewa atau flat lima bilik, setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang yang sama untuk mencapai kejayaan.
Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan), Encik Shawn Huang, berkata dengan sokongan inisiatif seperti ComLink+ dan M Kuasa Tiga (M³) Plus, ibu bapa dapat memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
Dengar podcast yang dihoskan Koresponden, Encik Anwar Saleh dan Cik Irma Kamarudin, di BeritaHarian.sg/podcasts, Spotify dan YouTube.
Video Pilihan
Video Hari Raya BH: Projek AI-dilfitri
Nak buat persiapan Hari Raya pun boleh gunakan AI?
Saksikan gelagat tiga wartawan BH – Encik Amirul Ibrahim, Encik Khairul Akmal Ali dan Syed Muhammad Firdaus – kemas bilik sempena Raya, rancang jalan Raya dan buat kuih Raya dengan bantuan AI dalam video Hari Raya khas terbitan BH.
Tonton sekarang!
Bola lantai satukan keluarga, kini jadi legasi
Cinta mula berputik di gelanggang hoki pada 1990-an, Encik Ngasti Wanto Zakaria dan Cik Junaidah Salleh pernah menjadi jurulatih bola lantai untuk anak-anak mereka yang turut ‘terjebak’ dalam sukan tersebut.
Encik Ngasti juga membuka kedai NazSportsUnlimited, membawa jenama Salming ke Singapura!
Tonton sekarang!
BH di TikTok
Ajak belia mesra masjid
Penerbit media sosial, Eva Adriana, menjenguk edisi keempat #Terawih4Youth berlangsung di Masjid Sultan pada 14 Mac, dengan snek bernilai lebih $30,000 diagihkan untuk jemaah selepas sesi solat tarawih 20 rakaat!
Inisiatif yang baik dalam menggalak belia berjinak-jinak ke masjid.
Tonton sekarang!
Seni kitar semula bangkit suasana Raya di Cantonment Close
Cik Anitha Tamilmaran, seorang artis bebas dan penduduk di Cantonment Close, menggunakan bahan kitar semula seperti katil bayi, payung dan kadbod menjadi hiasan Hari Raya yang penuh makna.
Setiap hasil kerjanya bukan sahaja menceriakan suasana, malah membawa mesej tentang kelestarian dan memberi ‘kehidupan kedua’ kepada barangan terpakai.
Tonton di sini.
‘Trending’ di OMGxBH
Warga Cina lestari budaya Melayu melalui aksesori batik
Meskipun berlainan bangsa, pengasas Batik Sayang Serena Wong memulihara batik melalui aksesori seperti kerongsang dan anting-anting yang banyak dibeli golongan Melayu.
Tonton di sini.
Jalan di S’pura ada nama kuih Raya?
Jalan Ma’mor, Jalan Bangket dan Jalan Wajek merupakan nama-nama jalan di Singapura.
Di manakah tempat-tempatnya?
Tonton di sini.

