Anda sedang mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu Hari Kebangsaan?
Daripada perarakan meriah kepada aktiviti mesra keluarga, rakyat Singapura benar-benar bersemangat sempena menikmati cuti panjang sambutan istimewa ini.
Berikut beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan untuk memeriahkan sambutan anda:
SingaPop! ialah pameran multimedia imersif yang meraikan 60 tahun budaya pop Singapura.
Disusun ikon budaya Dick Lee, pameran ini mengisahkan bagaimana sekumpulan pendatang daripada pelbagai latar belakang berjaya mencipta sebuah budaya Singapura yang unik.
Menerusi lima bab, pameran ini meneroka bagaimana para pendatang ini telah bergabung untuk membentuk satu identiti bersama yang kaya dengan warisan, kreativiti dan semangat rojak yang tersendiri.
SingaPop! menghidupkan evolusi budaya harian daripada pusat penjaja kepada muzik, filem, fesyen, bahasa Singlish dan perarakan semasa sambutan Hari Kebangsaan.
Tarikh/Masa: 2 Ogos – 28 Disember; dari Ahad hingga Selasa,10 pagi hingga 7 malam; dari Jumaat hingga Sabtu, 10 pagi hingga 9 malam
Alamat: Muzium ArtScience Singapura, 6 Bayfront Ave, Singapore 018974
Sempena ulang tahun ke-60 Singapura (SG60), Esplanade mempersembahkan 60 Connections – At Home and Afar, inisiatif seni yang menonjolkan hubungan kreatif, produksi penting, serta program yang mencerminkan peranan pusat sebagai institusi seni persembahan kebangsaan.
Sebanyak 60 karya akan dipersembahkan secara langsung dan melalui digital, untuk menghidupkan kisah-kisah unik Singapura serta kerjasama antarabangsa yang membentuk landskap seni tempatan.
Tarikh/Masa: Bergantung pada pameran
Alamat: Esplanade, Theatres on the Bay, 1 Esplanade Dr, Singapura 038981
Peranakan Reimagined merupakan pameran Peranakan berskala besar yang bersinar di waktu malam.
Anda boleh sertai bengkel batik dan nikmati irama budaya melalui persembahan yang meriah, dari Sentosa Sensoryscape dan Singapore Cable Car sehingga beberapa lokasi seluruh pulau sambil mengalami perayaan warna, kraf dan budaya yang mempesona.
Tarikh: 23 Mei – 31 Ogos
Alamat: Sentosa
Muzium Negara mempersembahkan pameran khas Once Upon a Tide, yang mengajak pengunjung menyusuri perjalanan transformasi pulau ini daripada sebuah pelabuhan perdagangan yang sibuk kepada kuasa global.
Pameran ini mengetengahkan sejarah maritim selama 700 tahun, menunjukkan bagaimana laut dan sungai memainkan peranan penting dalam pembangunan negara daripada pergerakan manusia, barangan, hingga idea yang membentuk identiti dan fabrik sosial Singapura hari ini.
Tarikh: 24 Mei 2025 – 9 Oktober 2026
Alamat: Muzium Negara Singapura, 93 Stamford Rd, Singapura 178897
Sempena SG60, pameran taman istimewa di Lapangan Terbang Changi meraikan keindahan alam semula jadi Singapura serta identiti taman ikonik Changi.
Di Terminal 3, bunga kebangsaan Singapura dipamerkan di taman bunga seluas 270 meter persegi yang menampilkan Vanda Miss Joaquim setinggi tujuh meter serta orkid seperti Dendrobium Changi Airport.
Di Terminal 2, bunga Merlion setinggi enam meter dibina menggunakan 60 jenis tumbuhan, melambangkan warisan dan kebanggaan negara.
Terdapat juga paparan bunga berbentuk makanan ikonik seperti karipap dan lain-lain lagi.
Tarikh: Sekarang – 31 Ogos
Alamat: Lapangan Terbang Changi Terminal 2 dan 3, 60 Airport Boulevard, Singapura 819643
Sempena sambutan SG60, kita bersatu untuk meraikan detik bersejarah ini dan membayangkan masa depan yang lebih cerah dan berani bagi Little Red Dot kita.
Daripada 180 bola gergasi berwarna merah dan biru yang akan dipamerkan di seluruh negara, nantikan 6 bola merah gergasi semasa anda bersiar-siar.
Sambutan 60 tahun kemerdekaan Singapura ini merupakan kempen seluruh negara hasil inisiatif UOB sempena ulang tahun ke-90 mereka.
Tarikh: 15 Julai – 31 Ogos
Alamat: Gardens by the Bay MRT Exit 1, Golden Garden, Floral Clock, Supertree Grove, Dragonfly Lake dan West Lawn
Alami Jewel Rain Vortex yang ikonik dalam persembahan cahaya dan bunyi istimewa sepanjang Ogos ini.
Saksikan pertunjukan lagu klasik Hari Kebangsaan Home sebagai penghormatan kepada semangat Singapura yang paling indah dinikmati bersama insan tersayang
Tarikh/Masa: 2 Ogos – 31 Ogos; dari Isnin hingga Khamis, 8 malam dan 9 malam; dari Jumaat hingga Ahad, hari cuti umum dan malam cuti umum, 8 malam, 9 malam dan 10 malam
Lokasi: Jewel, 78 Airport Boulevard, Singapura 819666
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg