NDP 1970: Terbang lalu bendera kebangsaan pertama
Aug 2, 2025 | 5:30 AM
Pada 9 Ogos 1970, Singapura menyaksikan sejarah penting dalam sambutan Hari Kebangsaan dengan bendera negara ‘diterbangkan’ buat kali pertama.
Bendera tersebut dibawa oleh helikopter, Alouette III, milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dengan ukuran asal sekitar tiga meter panjang dan dua meter lebar.
Penerbangan itu dipimpin oleh Pegawai Pemerintah Skuadron Alouette, Mejar Terry Loh, dan berlangsung di Padang.
Sejak itu, terbang lalu bendera negara menjadi tradisi tahunan yang ikonik dalam setiap sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).
Laporan berkaitan
NDP 1975: Sambutan Hari Kebangsaan pertama di merata S’puraJul 31, 2025 | 4:58 PM
NDP 1981: Sambutan penuh kejadian tak didugaJul 28, 2025 | 12:05 PM

