Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 1975: Sambutan Hari Kebangsaan pertama di merata S’pura

Jul 31, 2025 | 4:57 PM
Menteri Buruh, Encik Ong Pang Boon, meninjau Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diadakan di Sekolah Menengah Tiong Bahru pada 9 Ogos 1975.
Menteri Buruh, Encik Ong Pang Boon, meninjau Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diadakan di Sekolah Menengah Tiong Bahru pada 9 Ogos 1975. - Foto fail

Pada 9 Ogos 1975, Singapura mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang buat julung-julung kalinya dianjurkan di pelbagai lokasi sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara.

Sebanyak 13 lokasi di serata Singapura dipilih sebagai pusat perayaan – termasuk Toa Payoh, Maxwell Road, Queenstown dan Bukit Panjang – dengan setiap pusat mewakili lima kawasan pilihan raya.

NDP tersebut berlangsung pada waktu pagi dan petang, menampilkan pelbagai persembahan budaya, perarakan dan pertunjukan bunga api, serta dihadiri oleh menteri-menteri sebagai tetamu terhormat.

Matlamat utama sambutan tersebut diadakan di pelbagai lokasi adalah untuk melibatkan lebih ramai rakyat Singapura dalam sambutan NDP, sekali gus menjadikan perayaan ulang tahun negara ini lebih terangkum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg