Buat kali pertama, Perbarisan Hari Kebangsaan 1979 diadakan serentak di enam lokasi kejiranan dengan sistem tiket diperkenalkan untuk mengawal jumlah hadirin.
Perbarisan utama di Padang menampilkan Angkatan Tentera Singapura, para pelajar dan persembahan kebudayaan yang mewakili pelbagai kaum utama seperti Melayu, Cina dan India.
Balai rakyat di merata Singapura turut menganjurkan pelbagai acara, termasuk pertandingan berakit di Taman East Coast anjuran Balai Rakyat Siglap.
Acara sampingan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat berpasukan, malah mencerminkan usaha membina identiti kebangsaan melalui penyertaan masyarakat berbilang kaum.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg