Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 1988: Rakyat S’pura banjiri Orchard Rd, sertai pesta tari jalanan ‘Swing Singapore’

Jul 30, 2025 | 8:12 PM
Salah satu acara sambutan Hari Kebangsaan diadakan dalam bentuk pesta tarian jalanan berskala besar, iaitu ‘Swing Singapore 1988’, yang diadakan di Orchard Road.
Salah satu acara sambutan Hari Kebangsaan diadakan dalam bentuk pesta tarian jalanan berskala besar, iaitu ‘Swing Singapore 1988’, yang diadakan di Orchard Road. - Foto fail

Pada Ogos 1988, sekitar 250,000 orang membanjiri Orchard Road bagi menyertai ‘Swing Singapore’, sebuah pesta jalanan yang menakjubkan, penuh dengan cahaya, muzik dan tarian tanpa henti.

Acara yang diadakan oleh Persatuan Askar Kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (Safra), dengan tajaan syarikat Fraser & Neave (F&N), untuk kali pertama itu hanya diusahakan dalam masa 17 hari sahaja, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun itu.

Penyanyi terkenal dan ‘disc jockey’ (DJ) memainkan lagu rancak menerusi sistem bunyi yang cukup kuat, manakala lampu yang berkilauan menerangi jalanan dan menghiasi 400 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Pengunjung menari sepuas hati hingga larut malam.

Ramai juga yang berjaga sampai pagi, sebelum menaiki bas pertama untuk pulang ke rumah.

Swing Singapore bukan sekadar acara, malah ia adalah kenangan bersama, detik penuh tenaga yang menyatukan seluruh negara dalam rentak dan irama.

Ia, bagaimanapun, diadakan hingga 1992 sahaja, setelah banyak penganjur lain mengusahakan pesta jalanan serupa termasuk ketika menyambut Tahun Baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg