Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 2025: Semak keadaan kesesakan trafik, orang ramai di Marina Bay pada 2 Ogos

Aug 1, 2025 | 6:28 PM
Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit OneMap dari 7 malam hingga 10.30 malam pada hari tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang laluan pejalan kaki yang dicadangkan, menurut polis.
Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit OneMap dari 7 malam hingga 10.30 malam pada hari tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang laluan pejalan kaki yang dicadangkan, menurut polis. - Foto ST

Mereka yang merancang berkunjung ke kawasan Marina Bay pada Sabtu, 2 Ogos, dinasihatkan supaya menyemak secara dalam talian keadaan kesesakan di kawasan tersebut.

Para pemandu pula harus menjangkakan kelewatan trafik disebabkan penutupan jalan raya dan lorong jalan raya.

Ini memandangkan sesi Pratonton Kedua Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 di Padang, dan pelbagai acara berkaitan di kawasan Marina Bay, bakal diadakan pada hari tersebut, menurut polis pada 31 Julai.

Orang ramai boleh menyemak keadaan kesesakan pada masa nyata, dan kawasan yang ditutup disebabkan terlalu ramai pengunjung, di laman web https://go.gov.sg/crowd-at-marina-bay melalui komputer dan telefon bimbit dari 5 petang hingga 10.30 malam pada 2 Ogos.

Mereka juga boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit OneMap dari 7 malam hingga 10.30 malam pada hari tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang laluan pejalan kaki yang dicadangkan, tambah polis.

Satu peta pengunjung pada masa nyata, iaitu Crowd@MarinaBay, yang menunjukkan keadaan kesesakan orang ramai, akan dipaparkan di skrin televisyen di beberapa stesen MRT terpilih, lapor The Straits Times (ST).

Di samping itu, beberapa pintu keluar stesen MRT di sekitar kawasan Marina Bay akan ditutup untuk mengawal aliran orang ramai, dan kereta api mungkin tidak akan berhenti di stesen tertentu, seperti Bayfront, sekiranya berlaku kesesakan teruk di kawasan tersebut.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan stesen MRT seperti Promenade, Downtown, dan Marina Bay untuk berkunjung ke kawasan tersebut, memandangkan stesen seperti Bayfront, City Hall, Esplanade, dan Raffles Place dijangka sesak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg