Beberapa pemimpin dari negara jiran akan menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Singapura yang ke-60 pada 9 Ogos.
Mereka termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto; Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mewakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam kenyataannya pada 8 Ogos, berkata Singapura berbesar hati menerima kehadiran para kenamaan dari negara jiran terdekat sempena sambutan bersejarah itu.
“Kehadiran mereka menekankan ikatan geografi dan sejarah yang dikongsi bersama serta mencerminkan kekuatan persahabatan yang berterusan,” tambah kementerian itu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg